RANGKA PENULISAN
(THE WRITING FRAME)
PALEOLITIK DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
(PALAEOLITHIC IN MALAYSIA & SOUTH
EAST ASIA)
PENGENALAN
Menerangkan tentang
apa itu zaman Paleolitik dan bagaimana zaman ini memulakan era kewujudan manusia
di Malaysia dan juga beberapa tempat di kawasan Asia tenggara. Bahagian ini
akan mengupas sedikit teori dari para sarjana tentang kebudayaan masyarakat di
Zaman Paleolitik atau juga dikenali sebagai Zaman Batu.
ISI-ISI PENTING
Saya akan
membahagikan penulisan berkaitan tajuk ini kepada beberapa bab penting yang
setiapnya akan membincangkan tentang perkembangan masyarakat dan kebudayaan
masyarakat Zaman Paleolitik di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
PENUTUP
Merupakan
penutup terhadap penulisan ini dan penulis akan membuat kesimpulan. Rumusan terhadap penulian secara keseluruhan serta diakhir bab ini juga
dimuatkan tentang senarai bibbliografi serta lampiran-lampiran dokumen dan
gambar yang diperolehi (kalau ada)
Abstrak
Zaman Batu Lama atau juga
lebih dikenali sebagai Zaman Paleolitik merupakan satu zaman dimana manusia
ketika itu menggunakan batu sebagai satu alatan utama dalam teknologi kehidupan seharian mereka. Zaman ini juga
memperlihatkan tentang bermulanya budaya Paleolitik dimana dari segi geologinya
ialah keberadaan Zaman Batu ini terletak dalam lingkungan masa Zaman Pleistosen
atau juga dikenali sebagai Zaman Ais. Di Asia Tenggara pengkaji masih belum
menemui tanda-tanda kesan peningalan daripada Zaman Pleitosen ini dan para
sarjana berpendapat bahawa Zaman Batu adalah permulaan awal tentang kewujudan
manusia di Asia Tenggara khususnya di Malaysia yang dikatakan sebagai tapak
terpenting dalam permulaan evolusi manusia terawal yang pernah berlaku dalam
sejarah perkembangan manusia purba yang seterusnya berkembang peradapan mereka
mengikut peringkat-peringkat dalam tahap atau zaman yang seterusnya iaitu
Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) dan Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru).
Artikel ini akan membincangkan tentang bagaimana bentuk dan corak kebudayaan
Zaman Batu Lama (Paleolitik) di Malaysia dan juga Asia Tenggara.
Kata kunci: Paleolitik,
Zaman Batu Lama, Malaysia, Asia Tenggara
Abstract
The Old Stone Age or better known as the Paleolithic Age was a time when humans used stone as a major tool in their everyday life technology. This period also shows the beginning of Paleolithic culture where in geological terms the existence of this Stone Age was within the Pleistocene age or otherwise known as the Ice Age. In Southeast Asia researchers have yet to find any trace of the effects of the Pleitocene Age and scholars believe that the Stone Age was the earliest beginning of human existence in Southeast Asia, especially in Malaysia, considered to be the most important site in the beginning of the earliest human evolution in history the further development of the ancient human race their evolution according to the later stages of the Mesolithic (Medieval) and Neolithic (New Stone Age). This article will discuss how the shape and pattern of the Old (Paleolithic) culture in Malaysia as well as Southeast Asia.
Keywords: Paleolithic, Old Age, Malaysia, Southeast Asia
1.1 Pendahuluan
Di kawasan Asia Tenggara, para pengkaji
berpendapat masih belum terdapat kesan-kesan dari Zaman Pleistocene. Zaman Batu
dikatakan telah memu;akan era permulaan tradisi masyarakat Prasejarah di Asia
Tenggara khususnya di Semenanjung Malaysia dan juga Borneo yang merupakan pusat
perkembangan kebudayaaan prasejarah di rantau ini.[1] Kedudukan geologi Asia
Tenggara pada Zaman Prasejarah memperlihatkan Asia Tenggara merupakan sekeping
tanah Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul yang timbul, iaitu pada Zaman Pleitosen
(Pleitosecene) (kira-kira 35 000
hingga 11 000 tahun dahulu) yang ketika itu cuaca zaman itu yang amat sejuk
menyaksikan penurunan paras air laut. Pelantar Sunda ketika itu menghubungkan
tanah besar Asia Tenggara dengan Kepulauaan Melayu, manakala Pelantar Sahul
pula telah menghubungkan New Guinea denagn Australia. Ketika era ini manusia
dapat bergerak dengan berjalan kaki di Asia Tenggara tanpa memerlukan perahu
atau kapal kerana pada masa ini muka bumi dikuasai oleh kawasan darat.[2]
Tetapi apabila Zaman Holosen (Zaman Ais Batu) berlaku sejak 11 000 tahun yang lalu
diaman cuacanya mula panas dan paras laut naik, Pelantar sunda dan Pelantar
Sahul telah tenggelam hingga menjadikan kawasan Asia Tenggara seperti yang ada
pada zaman sekarang. Disinilah kita dapat melihat tentang kebudayaan jati diri
selanjutnya tentang perkongsian kesamaan antara masyarakat di Asia Tenggara
yang terdapat dalam dua premis ynag utama. Pertama sekali kebudayaan masayarakat
Asia Tenggara yang bercorak sepadu dan holistic iaitu saling kebergantungan dan
saling berkait rapat anatara satu sama lain.[3] Keduanya, pendekatan para
sarjana terhadap perkembangan dan perubahan budaya prasejarah yang berlaku
diaman-mana negara pun adalah berteraskan teori evolusi dimana bertitik tolak
dari pendekatan ini maka bermulanya peradapan manusia yang dibentuk secara
berperingkat-peringkat melalui empat tahap zaman bermula dengan Zaman Batu
Paleolitk, Mesolitik dan Neolitik dan kemudiannya berakhir denagn kewujudan
Zaman Logam Tembaga, Gangsa dan Besi.
2.2 Paleolitik
Zaman Batu lama telah bermula dengan
budaya Pleolitik dimmana dari segi geeloginya masih lagi berada dalam era Zaman
Pleistosen atau Zaman Ais Batu. Ketika zaman inilah menurut para sarjana telah
munculnya jenis manusia purbakala atau juka dipanggil manusia Pra-Adam yang
rupa mereka seakan-akan mawas (apeman).
Teori evolusi manusia dan pergerakan manusia seakan mawas ini yang dilihat
berlaku dari benua Afrika sehingga ke kawasan Asia Tenggara adalah dua teori
yang amat penting dalam imu pengkajian arkeologi prasejarah Malaysia.[1]
Peninggalan budaya kebendaan antara Homo
Eractus dengan Homo Sapiens adalah satu perkara dan entiti yang berbeza. Para
pengkaji arkeologi berjaya menemui fosil-fosil manusia yang berupa mawas ini
paling banyak ditemui sekali di kawasan di Jawa khususnya di Sangiran, Ngandung
dan Sambungmacam.[2]
[1] Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd.
Rahman, Perak Warisan Arkeologi. (Ikatan
Ahli Arkeologi Malaysia), 38
[2] Hal ini diterangkan oleh S.
Sartono, “Pre-Sapians Migration in
Southeast Asia”, dalam Mohd Amin Bin Hasan & Nik Hassan Suhaimi. The Eight Conference International
Assosation of History of Asia. (Jabatan Sejarah UKM. 199
[1] Mokhtar Saidin, Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia:
Pemerkasaan Jati Diri Bangsa. (Penerbit Universiti Sains Malaysia), 4
[2] Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum
dan Sesudah Pengaruh Islam. (Utusan Publication & Distributors Sdn
Bhd), 11
[3] Ibid, 11
No comments:
Post a Comment